Selain menjadi medium pemasaran penting terhadap produk perniagaan, media sosial turut menjadi salah satu senjata pemasaran yang signifikan terhadap sesebuah perkhidmatan.<br /><br />Seorang pengusaha kelengkapan ibadah umrah dan haji, Datuk Haji Md Daud Che Ngah tidak melepaskan peluang memanfaatkan platform digital sebagai medium mempromosi kelengkapan ibadah umrah dan Rukun Kelima Islam itu.
